Info Tafsir Tok Guru

TAFSIR TOK GURU

Buku Tafsir Pilihan Rakyat Malaysia Yang Mudah Difahami


"Ketika saya mula membacanya, dengan tak semena-mena air mata memang boleh mengalir."

- Ustazah Asma Harun, Penceramah bebas



"Seperti terngiang-ngiang suara serak basah Tok Guru berbisik di telinga."

- Ustaz Hariri, Pengacara Forum Perdana




Surah-surah yang sudah dibukukan di bawah siri Tafsir Tok Guru setakat ini adalah:

1. Surah Al Fatihah
2. Surah Al Nas, Al Falaq, Al Ikhlas (3 Qul)
3. Surah Al-Waqiah
4. Surah Al-Fil, Al-Humazah, Al-Asr, Al-Takathur
5. Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Maun, Quraisy
6. Surah Yunus
7. Surah Hud
8. Surah Al-Rahman 
9. Surah Yasin 
10. Surah Al-Kahfi
11. Surah Al-Qariah


KAEDAH PENULISAN DAN PENYUSUNAN TAFSIR TOK GURU

Kandungan Tafsir Tok Guru ini adalah daripada isi kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disampaikan pada setiap pagi Jumaat. 


Transkripsi kuliah diambil daripada audio kaset kuliah Tok Guru. Audio kuliah akan ditranskripsi dengan ditaip setiap perkataan yang diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru. Ia melalui bukan sekadar proses menulis & semakan editor. Proses bermula dengan mengumpulkan semua audio kaset kuliah Tok Guru semasa beliau masih hidup. Maksudnya, kitab ini dihasilkan selepas Tok Guru meninggal dunia. Hanya rakaman audio dari kaset-kaset lama menjadi rujukan.

Mengumpulkan kaset yang masih elok, boleh didengar semula, inilah proses paling sukar. Ia tidak lagi dijual di kedai-kedai. Ia perlu dicari dari pemilik koleksi kaset-kaset ceramah Tok Guru. Para penulis perlu mendengar semula setiap kaset dengan teliti & menulis semula setiap butir ayat yang disyarahkan oleh Tok Guru Nik Aziz. 

Teks transkripsi dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru. Transkripsi tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua orang di Malaysia khususnya. Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal. Kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan. Proses edit juga mengekalkan gaya bahasa Tuan Guru yang disampaikan menggunakan dialek Kelantan.

Oleh itu, semua penulis syaratnya mestilah mahir dengan dialek Kelantan, bukan sekadar boleh berbahasa Kelantan, supaya dapat ditulis semula dengan betul.


KEISTIMEWAAN TAFSIR TOK GURU

1. Disunting daripada kuliah asal Tuan Guru pada setiap hari Jumaat

Ia menjadikan buku Tafsir Tok Guru seperti ada ‘suara’ Tuan Guru sedang menyampaikan kuliah. Membaca buku tafsir ini seolah-olah kita sedang mendengar kuliah Tuan Guru secara ‘live’


2. Huraian yang dekat dengan rakyat Malaysia

Tuan Guru menghuraikan ayat-ayat Al-Quran dengan mengaitkan dengan situasi masyarakat Malaysia sama ada sewaktu di zaman penjajah, zaman kemerdekaan dan zaman sekarang


3. Menggunakan analogi dan kiasan yang padu

Tuan Guru terkenal di kalangan rakyat Malaysia dengan penggunaan analogi dan kiasan yang mantap dan sentap. Setiap analogi beliau akan kena dan sesuai dengan perkara apa yang beliau kaitkan


4. Penjelasan maksud kalimah ayat Al-Quran yang mudah

Tuan Guru yang alim berilmu tinggi dalam ilmu Bahasa dan Sastera Arab dapat memberikan maksud yang jelas dan sesuai dengan kefahaman pendengar yang tidak mahir dalam ilmu agama


5. Selalu membetulkan tajwid ayat Al-Quran

Tuan Guru sering menitikberatkan tajwid yang betul sewaktu membaca Al-Quran. Khususnya sebutan dan makhraj huruf. Dapat dilihat dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Tafsir Surah al-Kafirun


6. Menyelitkan info dan ilmu berkaitan nahu dan tatabahasa Arab

Walaupun pendengar dan pembaca kurang mahir dalam tatabahasa Arab. Tuan Guru menyelitkan juga informasi berkaitan Nahu dan Soraf Bahasa Arab. Tujuannya untuk para pelajar sekolah agama supaya tertarik dengan ilmu bahasa Arab dan Tafsir Al-Quran


7. Walk the talk

Tuan Guru sebagai orang yang memegang jawatan besar di peringkat negeri dan sebagai ilmuwan di kalangan masyarakat. Beliau mempraktikkan semua perkara yang beliau terangkan di dalam kuliah.


SENARAI MISALAN, KIASAN & ANALOGI

Tafsir Tok Guru ini mengandungi pelbagai misalan, kiasan dan analogi yang disampaikan sendiri oleh Tok Guru dalam kuliahnya untuk memudahkan kefahaman para pendengar. 

Antara analogi yang menarik adalah perihal cawan yang dipenuhi pasir bagi menggambarkan keadaan fikiran sebelum membaca al-Quran. 

Selain itu, penggunaan objek seharian juga dimasukkan sebagai kiasan dan gambaran. Contohnya, isi ceramah yang tidak disesuaikan digambarkan dengan perbuatan mahu membuka nat sembilan, tetapi menggunakan spanar dua belas.

Senarai misalan, kiasan dan analogi ini disertakan untuk rujukan para pembaca.